Hukum Berkaitan Solat
Soalan:
Saya ada kemusykilan berkaitan solat yang selama 20 tahun saya melakukannya terdapat beberapa kemungkinan besar solat tidak sah dan diharap tuan dapat menjawabnya:
Jawapan :
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, keluarga, sahabatnya dan mereka-mereka yang mengikuti segala sunnah Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat. Terima kasih kepada tuan di atas soalan yang telah diajukan kepada kami.
Jawapan bagi soalan pertama di atas, bacaan al-fatihah yang tidak menekankan huruf ha hukumnya tidak membatalkan solat kerana kesalahan yang dilakukan adalah
iaitu kesalahan yang tersembunyi atau ringan seperti kesalahan tajwid huruf mad dan ghunnah dan tidak mengubah makna perkataan tersebut, namun perlu dipelajari lagi bacaan surah al-fatihah ini kerana ia merupakan bacaan wajib dalam solat, di bimbangi jika berlaku kekerapan kesalahan dalam bacaan al-fatihah tersebut sehingga berlaku perubahan makna, boleh menyebabkan solat tidak sah, dan di ibaratkan sepertimana hadis daripada U’badah bin Somith katanya, sabda Rasulullah SAW:
Yang bermaksud: “tidak dikira solat bagi sesiapa yang tidak membaca al-fatihah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari (756) dan Muslim (394))
Manakala tidak memanjangkan perkataan الله pada ayat فطيبات الله juga tidak menjadikan bacaan tahiyyat akhir itu batal kerana tidak perlu untuk memanjangkan kalimah الله seperti yang puan katakan.
Jawapan bagi soalan kedua iaitu membawa najis tanpa sedar seperti keputihan dan air mazi, hukumnya adalah batal solat tersebut kerana keduanya adalah najis yang tidak dimaafkan dan puan wajib qada’ solat tersebut. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali RA:
Bermaksud: “Aku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda
menjawab: Dia hendaklah berwudhu’. Dalam riwayat Muslim: Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhu’.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari (176) dan Muslim (303))
Jawapan bagi soalan ketiga iaitu melafazkan niat sebelum takbir, solatnya adalah sah kerana lafaz niat sebelum takbir dan mengangkat takbir untuk memulakan solat telah menunjukkan bahawa niat untuk solat telah wujud maka perbuatannya telah dikira niat.
Sepertimana niat itu ditakrifkan:
Bermaksud: “niat melakukan sesuatu yang disertai dengan pekerjaan. Dan tempat niat adalah di dalam hati.”
Jawapan bagi soalan terakhir iaitu tidak batal solat jika tangan dilapik telekung kerana tapak tangan bukan anggota wajib dalam sujud. Sepertimana dalam hadis Nabi SAW:
Bermaksud: “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan
hujung kedua-dua belah kaki.” Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim menyebut:
“Bahawa sesungguhnya anggota sujud itu ada tujuh, dan seharusnya seseorang yang sujud itu bersujud dengan tujuh anggota tersebut, serta sujud bersama dengan dahi dan hidung kesemuanya. Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai, dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung. Jika dia meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujudnya sah, tetapi jika dia meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujudnya. Ini adalah pandangan mazhab al-Syafi’e, Malik, dan kebanyakan ahli ilmu.”
Manakala masalah tidak cukup 90 darjah ketika rukuk, tidak membatalkan solat dan tidak ada mana-mana ulama dan mazhab menentukan kadar kesempurnaan rukuk bahkan rukuk itu mengikut sekadar kemampuan diri seseorang itu sahaja.
Semoga dengan penjelasan yang diberikan kepada puan, dapat memberikan kefahaman dan ilmu pengetahuan yang lebih jelas kepada puan. Sedikit nasihat agar pihak puan dapat berusaha menuntut ilmu agama terutama ilmu-ilmu yang berkaitan fardu ain supaya dapat kita melaksanakan segala ibadat secara sempurna. Semoga kita semua dikurniakan oleh Allah SWT kefahaman yang baik dalam beragama.

- bacaan al fatihah dan tahiyyat akhir yang kurang tepat iaitu tidak menekankan huruf ha dan tidak memanjangkan الله pada kalimat فطيبات الله.
- membawa Najis tanpa sedar iaitu keputihan dan air mazi (kerana ingat hanya buang angin, air kecil dan air besar sahaja dikira Najis).
- melafazkan niat semata sebelum takbir, tanpa berbisik lagi sekali di dalam hati kerana itu yang dipelajari dan diamalkan sehingga kini
- posisi tangan dilapik telekung semasa sujud dan tidak cukup 90 darjah semasa rukuk.