Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Isnin, 07 Julai 2025 | 11 Muharam 1447

e-FATWA

KEDUDUKAN HIZB AL-TAHRIR DI MALAYSIA



Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009, pada 27 Februari 2009

Keputusan :
Ajaran Hizb al-Tahrir ini tidak sesuai dan haram diamalkan oleh umat Islam di Negeri Pahang.
Keterangan/Hujah: 
Hizb tahrir ialah sebuah kumpulan berideologi ekstrim dalam menegakkan khilafah Islam menurut fahaman mereka sendiri

Keterlampauan kumpulan Hizb Al-Tahrir menyebabkan mereka menghukum kafir terhadap masyarakat Islam yang tidak menerima doktrin mereka dengan alasan redha atau tunduk di bawah sistem kafir tanpa berusaha mengubah keadaan

Fitnah terbesar kumpulan Hizb Tahrir ialah tuduhan kafir terhadap pemerintah Islam dan dakwaan dar Al-Kufur kepada seluruh Negara-negara Islam kecuali Makkah dan Madinah

Pemikiran yang mirip kepada doktrin Khawrij di dalam masalah politik serta doktrin Mu’tazilah di dalam masalah aqidah

Setakat ini Hizb Al-Tahrir dilihat masih berselindung di sebalik aktiviti-aktiviti ilmiah yang memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kewajipan menegakkan khilafah dengan membawa justifikasi berdasarkan isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam dan luar Negara.

Hizb Al-Tahrir harus disekat berasaskan kaedah dan sadd al-zarai’ ( menyekat jalan-jalan kerosakan ) serta ‘dar ’ al-mafasid muqaddam ‘alajalb al-masalih’ ( menyekat kerosakan lebih utama daripada membawa kebaikan), kerana pemikiran ekstrim yang dipegang oleh Hizb Tahrir konsep “khilafah” boleh membawa implikasi kepada keharmonian aqidah dan keselamatan Negara.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 Julai 2025. Jumlah Pelawat : 969,429
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.2% United States of America

Jumlah:

84

Countries
969429
Hari Ini: 9,165
Minggu Ini: 20,466
Bulan Ini: 19,219
Tahun Ini: 362,765