Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sabtu, 21 Jun 2025 | 24 Zulhijjah 1446

e-FATWA

HUKUM BERPEGANG DENGAN AJARAN SYIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, pada 30 Disember 2011

Keputusan :
Hukum berpegang dengan ajaran Syiah adalah diharamkan untuk diamal dan disebarkan di negeri ini disebabkan fahaman dan ajaran ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Keterangan/Hujah
1.Pada rukun Iman :
Syiah hanya memiliki 5 rukun iman – tanpa menyebut keimanan kepada para Malaikat, Rasul, Qadha, iaitu :

i. Tauhid ( keesaan Allah )
ii. Al-‘Adl ( Keadilan Allah )
i.Nubuwah ( Kenabian )
ii.Imamah ( Kepimpinan Imam )
iii.Ma’ad ( Hari kebangkitan dan pembalasan)


2.Pada rukun Islam :
Syiah tidak mencantumkan Syahadatain dalam rukun Islam, iaitu :

i.Solat
ii.Zakat
iii.Puasa
iv.Haji
v.Wilayah ( Perwalian )


3.Syiah meyakini bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditambah atau dikurangi dari yang seharusnya. Seperti :

و أن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا في علي فأتوا بسورة من مثله
Ada tambahan “fii ‘aliyyin: dari teks asli Al-Quran yang berbunyi

و أن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا في علي فأتوا بسورة من مثله وادعوا شهداءكم من دون الله أن كنتم صادقين
(البقرة: 23)
Kerana itu mereka meyakini bahawa : Abu Abdillah a.s. ( Imam Syiah ) berkata : ‘‘Al-Quran yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW adalah tujuh belas ribu ayat. Al-Quran mereka yang berjumlah 17000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah.
Syiah meyakini bahawa para sahabat sepeninggalan Nabi SAW telah murtad kecuali beberapa orang sahaja seperti : Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy.

Syiah menggunakan senjata taqiyyah iaitu berbohong, dengan cara menampakkan sesuatu yang berbeza dengan yang sebenarnya, untuk mengelabui.

Syiah percaya kepada Ar-Rajah iaitu kembalinya roh-roh ke jasadnya masing-masing di dunia ini sebelum kiamat di kala Imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam kepada lawan-lawannya.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025. Jumlah Pelawat : 938,555
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Jumlah:

84

Countries
938555
Hari Ini: 761
Minggu Ini: 8,195
Bulan Ini: 122,576
Tahun Ini: 331,891