Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 16 Oktober 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

KERTAS CADANGAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN WANG MASJID DAN SURAU 04/2019

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2019, pada 27 Jun 2019

Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau yang dibentangkan dengan pindaan iaitu :
  1. Memasukkan perkataan hendaklah dengan kebenaran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada bahagian berkaitan kutipan wakaf dan derma di dalam garis panduan
  2. Tidak dibenarkan menerbitkan apa-apa wakaf tunai melainkan mendapat kebenaran Majlis Ugama
  3. Mesyuarat mencadangkan supaya masjid berhati-hati di dalam pelaburan selain daripada simpanan tetap kerana ia terdedah kepada kerugian
  4. Memasukkan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berhubung galakan supaya masjid terlibat dengan aktiviti ekonomi
  5. Mesyuarat berharap pengurusan masjid akan dapat diuruskan secara profesional