Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sabtu, 21 Jun 2025 | 24 Zulhijjah 1446

e-FATWA

AJARAN ASMAUL HUSNA YANG DIBAWA OLEH DR.WAN MASERI BIN WAN MOHD

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 01/2022 yang bersidang pada 19 Januari 2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-

Keputusan :
i.Fahaman yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd adalah menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Mesyuarat juga mengambil maklumakan pengakuan taubat yang dilafazkan oleh Dr. Wan Maseri bin Wan Mohd dalam Mesyuarat Panel Pakar Akidah JAKIM kali ke 62

ii.Ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd hendaklah segera disekat oleh kerana terdapat penyelewengan dan perlu dibuat pemantauan dari masa ke semasa.

iii.Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat dengan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah swt dan :-

iv.Umat Islam juga dilarang untuk merujuk dan menyebarkan buku-buku mengenai Ajaran Asmaul Husna karangan Dr.Wan Maseri binti Wan Mohd. Beliau juga diminta menulis buku/artikel yang menjelaskan berkaitan ajarannya yang menyeleweng.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025. Jumlah Pelawat : 938,527
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Jumlah:

84

Countries
938527
Hari Ini: 733
Minggu Ini: 8,167
Bulan Ini: 122,548
Tahun Ini: 331,863