Jabatan Mufti Negeri Pahang

Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam

KUANTAN – Mufti Pahang, Dato’ Sri Haji Dr.Abdul Rahman Bin Haji Osman mengesahkan pihaknya menerima memorandum oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam Pahang (Pembela Pahang) yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Abdul Rahman berkata, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Ujarnya, Pahang kekal dengan fatwa bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam seperti yang diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada pada 11 Jun 2008.

“Keputusan penggunaan, kenyataan, penyebaran, percakapan atau ada apa-apa bentuk penerbitan atau media elektronik atau media cetak oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru dan memesongkan akidah orang Islam sebagai mana termaktub Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam  No 5 tahun 1985.

“Contoh Lagu Negeri Pahang ada menyebutkan ‘Ya Allah selamatkan raja kami’, tidak akan dia tidak boleh sebut begitu?

“Di Indonesia, di gereja ada salib dan perkataan Allah, ini mengelirukan,” katanya.

Justeru Abdul Rahman berharap agar keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi tempoh hari disemak semula. – MalaysiaGazette

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
TAJUK KHUTBAH
RUMIJAWIBICINA
 Khutbah 03 Januari 2020 / 07 Jamadil Awal 1441H : Azam Dan Cita-Citaadobe readeradobe readeradobe readeradobe reader