Jabatan Mufti Negeri Pahang

KEPUTUSAN FATWA 2015

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015

Keputusan : Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Dikalangan Wanita Islam Di seluruh Malaysia  adalah seperti berikut :

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan pada kadar 500 gram sehingga terdapat kajian semula yang dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015

Keputusan : Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund  Global adalah seperti berikut :

 

  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak.
  2. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negarakerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM). 
  3. Mesyuarat jugamenasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015

Keputusan : Hukum Penggunaan Vaksin Menactra adalah seperti berikut :

 

  1. Mesyuarat mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra ini,tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal. 
  2. Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawahukum penggunaan Vaksin Menactra adalah diharuskan.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015

Keputusan : Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya  adalah seperti berikut :

 

  1. Mesyuarat menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Imam Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis
  2. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.
  3. Sehubungan itu, berdasarkanmasyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia,
  4. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang  melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015

Keputusan : Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola adalah seperti berikut :

  1. Mesyuarat bersetuju menerima garis panduan pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau dijangkiti virus ebola untuk dilaksanakan di Negeri Pahang.
  2. Keperluan dan pelaksanaan kepada panduan ini adalah pada peringkat dharurah yang diharuskan oleh Syarak

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2015, pada  7 Disember 2015

Keputusan : Had Kemuallafan Seorang Saudara Baru adalah seperti berikut :

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan Had Kemuallafan Seorang Saudara Baru adalah selama 6 tahun.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2015, pada  7 Disember 2015

Keputusan : Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Rukyah ( Ayat Al-Quran ) Untuk Tujuan Komersil adalah seperti berikut :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sesuatu produk menggunakan perkataan makanan sunnah untuk tujuan komersil adalah dilarang kerana dibimbangi berlakunya unsur penipuan terhadap produk-produk tersebut.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2015, pada  7 Disember 2015

Keputusan : Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis adalah seperti berikut :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis diterima dan diamalkan di negeri Pahang.