KEPUTUSAN FATWA 2016
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada 4 Januari 2016 |
Keputusan : Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dari Perspektif Hukum Syarak adalah seperti berikut :
Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Penggunaan Rokok Elektronik dan Vape adalah haram kerana ianya memudharatkan kesihatan dan pembaziran
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada 4 Januari 2016 |
Keputusan : Kedudukan Terkini G25 adalah seperti berikut :
Pihak JAKIM telah membuat persidangan meja bulat untuk menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang bahaya gerakan ini yang boleh membawa kesan yang buruk terhadap umat Islam
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada 4 Januari 2016 |
Keputusan : Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Furu’ adalah seperti berikut :
- Mesyuarat bersetuju untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang kesalahan Jenayah Islam Pahang 2013 ( Seksyen 13 )
- Sebarang bentuk pertikaian terhadap 25 jenis amalan yang telah disenaraikan boleh diambil tindakan
- Membaca Yasin pada malam Jumaat
- Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
- Mengadakan kenduri arwah
- Mengadakan sanbutan maulidul al-Rasul
- Membaca Yassin 3 kali di malam nisfu Syaaban
- Berdoa beramai-ramai selepas solat Jumaat
- Membaca wirid dan zikir secara kuat/ nyaring dalam solat fardu
- Membaca Basmalah secara kuat/ nyaring dalam solat fardhu
- Menyebut lafaz Usalli dalm niat solat
- Membaca Qunut dalam solat subuh
- Bersalaman selepas solat Jumaat
- Solat sunat sebelum solat Maghrib
- Solat sunat sebelum Jumaat
- Fidyah solat
- Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini
- Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20
- Menyapu muka selepas memberi salam
- Akikah dengan kambing sahaja
- Konsep pengambilan Hadis Dhaif
- Menyebut perkataan Saiyidina dalam solat
- Sedekah bacaan Al-Fatihah kepada si Mai
- Ziarah kubur pada Hari Raya
- Bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah
- Solat Hajat secara berjemaah
- Bacaan Selawat secara nyaring ketika solat Tarawikh
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2016, pada 5 April 2016 |
Keputusan : Kertas Kajian Mengenai Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Di Negeri Pahang adalah seperti berikut :
- Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah Haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah dan Syariah.
- Dilarang mana-mana orang Islam di Negeri Pahang dari berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran dan doktrin Milah Abraham@ Ibrahim.
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2016, pada 5 April 2016 |
Keputusan : Kertas Kajian Mengenai Ajaran Syeikh Dr. Ismail Bin Kassim adalah seperti berikut:
- Ajaran Syeikh Dr. Ismail bin Kassim, Pengasas Pertubuhan Rahmatan Lilalamin ( Perahmat ) telah disebarkan di Negeri Pahang
- Syeikh Dr. Ismail bin Kassim dilarang daripada berceramah dan menyampaikan apa-apa pengajaran di Negeri Pahang
- Dicadangkan supaya kajian dan penentuan Hukum berhubung Ajaran Syeikh Dr.Ismail bin Kassim dikemukakan kepada Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2016, pada 25 Ogos 2016 |
Keputusan : Hukum Permainan Pokemon Go adalah seperti berikut:
- Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Permainan Pokemon Go adalah haram
- Memberikan bahaya kepada kepada akal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar akal dan
- Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
- Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
- Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
- Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan simbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada 19 Disember 2016 |
Keputusan : Ajaran/Kepercayaan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin ( Perahmat ) adalah seperti berikut:
- Mendakwa syahadah dan Islam seseorang terbatal apabila tidak mempelajari ilmu syahadah ( Penyaksian roh yang sedang bersyahadah )
- Mendakwa wajib mempelajari zikir nafas untuk mencari Allah
- Mendakwa amalan zikir nafas adalah amalan sejak nabi Adam AS dan 124000 para Rasul dan Wali Allah
- Mendakwa seseorang wajib mencari penyaksi yang akan menjadi saksi di alam arwah dan sekiranya ia tidak dijumpai maka Allah akan mengutuskan saksi apabila beramal dengan zikir nafas
- Mendakwa zikir nafas sabit melalui Al-Quran dan Al-Hadis dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap menaruh syak terhadap Al-Quran dan Al-Hadis
- Mendakwa makhluk diciptakan Allah SWT akan terus hidup dengan dengan kalimah Hu. Ini bertentangan dengan Nas Syarak dan menyerupai amalan ajaran hindu
- Mendakwa hari kiamat akan berlaku apabila makhluk tidak lagi berzikir dengan kalimat Allah iaitu semua makhluk seperti haiwan, tumbuhan dan manusia tidak bernafas dengan zikir kalimat Allah
- Mentakwil ayat-ayat Al-Quran dengan bathil
- Menyeleweng daripada kaedah penafsiran Al-Quran
- Berpegang kepada hadis palsu
Sehubungan dengan itu, mana-mana orang Islam dilarang mempelajari, berpegang, beramal dan menyebarkan ajaran Dr Ismail Kassim di Negeri Pahang dan mereka yang beramal dengannya hendaklah bertaubat
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada 19 Disember 2016 |
Keputusan : Hukum Pengguguran Kandungan Ibu Hamil Dijangkiti Virus Zika adalah seperti berikut:
- Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pengguguran Kandungan Ibu Hamil di Jangkiti Virus Zika adalah tidak diharuskan kerana tidak mencapai ke tahap dharurat yang mengancam nyawa.
Walaubagaimanapun sekiranya ia diperakui oleh pakar perubatan Islam bahawa jangkitan tersebut akan mengancam nyawa ibu dan anaknya maka ia diharuskan mengikut syarat yang ditetapkan syarak
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada 19 Disember 2016 |
Keputusan : Hukum Menganjurkan Program “Men Seks Men” Di Negeri Pahang adalah seperti berikut:
Mesyuarat bersetuju memutuskan mana-mana orang yang menganjurkan dan terlibat dengan Program ( Men Seks Men) adalah dilarang dan diharamkan kerana ia bercanggah dan menyalahi hukum syarak
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada 19 Disember 2016 |
Keputusan : Hukum Mencukur Bulu Muka (Misai, Jambang Dan Janggut) Bagi Tujuan Keselamatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Memakai Alat Pernafasan Di Kilang B.A.S.F Petronas Kimikal Gebeng Kuantan adalah seperti berikut :
- Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Mencukur bulu muka, (Janggut, jambang dan misai) bagi tujuan keselamatan pegawai dan kakitangan yang memakai alat perlindungan pernafasan di kilang B.A.S.F Petronas Kimikal adalah diharuskan berdasarkan kaedah Fiqhiyyah ialah La Dharar Wala Dhirar dan Siddu Zaraik iaitu menutup segala pintu keburukan dan kemudaratan.
- Hukum memelihara janggut adalah perbuatan sunat dan tidak wajib mengikut Mazhab Syafii serta harus mencukurnya