Jabatan Mufti Negeri Pahang

KEPUTUSAN FATWA 2018

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2018, pada  8 Mac 2018

Keputusan : Hukum Memakai Kanta Lekap Yang Bercorak adalah seperti berikut:

  1. Hukum memakai kanta lekap bercorak adalah harus dengan syarat ianya mendapat nasihat daripada pakar perubatan. Namun apabila ia mendatangkan mudharat maka hukumnya adalah haram.
  2. Harus memakai kanta lekap bercorak bagi tujuan perhiasan kepada suami dan haram tabaruj ( berhias ) yang melampau kepada bukan muhrim.

 

 

 

 

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2018, pada  13 Ogos 2018

Keputusan : Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah seperti berikut:

  1. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) adalah wajib ke atas umat Islam apabila mencukupi nasab walaupun tertangguh dari segi pemilikan
  2. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hendaklah dibayar selepas penerima secara serta merta tanpa menunggu haul satu tahun setelah ditolak bahagian wasiat dan hutang

 

  1. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi pihak si mati tidak wajib dikeluarkan zakat kerana ia menjadi harta pusaka