Jabatan Mufti Negeri Pahang

KEPUTUSAN FATWA 2021

52

AJARAN YANG DIBAWA OLEH SUHAINI BINTI MOHAMMAD

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 yang bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video .

Keputusan :

  1. Fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negara ini kerana menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah;
  2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat degan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah swt.
  3. Penyebaran ajaran ini hendaklah diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan enakmen sedia ada kerana ajaran ini terbukti menyeleweng seperti berikut;
  4. Ketuhanan : berpegang dengan fahaman bahawa Nabi Muhammad itu adalah Tuhan;
  5. Kenabian : berpegang dengan fahaman bahawa Nabi Muhammad saw tidak berjantina dan tiada alat kelamin;
  • Menyelewengkan tafsir al-Quran : menghuraikan makna ayat Al- Quran tanpa merujuk tafsir muktabarPenyelewengan sumber : meriwayat dan mereka hadith palsu untuk menyokong fahaman yang dibawa;dan
  • Penipuan mengenai khasiat air dan botol Sihulk dengan mengeksploitasikan ayat-ayat Al-Quran

 

56

HUKUM PEMBINAAN MANASIK AL-HAJ KEKAL UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN , PAMERAN ATAU APA-APA TUJUAN

 

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .

Keputusan :

  1. Pembinaan Manasik al-Haj secara binaan kekal (tidak alih ) adalah dilarang, untuk mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat dan mencemarkan kesucian tempat ibadah serta boleh mengundang perbuatan khurafat .
  2. Mengadakan replika manasik al-haj secara tidak kekal mudah-alih adalah dibenarkandengan syarat ia mestilah dipelihara dari sebarang penyalahgunaan , disimpan di tempat yang tertutup dan terkawal , hanya digunakan bagi tujuan pembelajaran dan disimpan di tempat yang khusus setelah selesai digunakan .
  3. Mana-mana pembinaan dan pelupusan Manasik al-Haj atau apa-apa binaan tempat suci umat Islam yang ingin dibina atau telah dibina dan hendak dilupuskan sama ada tidak alih, mudah alih, lukisan atau mural hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pihak Berkuasa Agama bagi mendapatkan pandangan dan nasihat agar pembinaan dan pelupusan tersebut dibuat dengan cara yang baik supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Agama Islam

 

55

HUKUM PENAMBAHAN PERATUS ASNAF AMIL DALAM ASNAF ZAKAT

 

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .

Keputusan :

Pelaksanaan pengagihan kadar zakat amil mengikut kadar keperluan semasa agihan adalah diharuskan dengan mengambil kira maslahah semasa berdasarkan pandangan berikut ;

  1. Imam al-Syafie dalam kitabnya Al-Umm menyatakan bahawa amil boleh mengambil upah daripada zakat sekadar keperluan mereka ;

ويأخذ العاملون عليها بقدر أجورهم ښي مثل كفايتهم وقيامهم وامانتهم والمؤنة عليهم 

Maksudnya: ” Para amil itu mengambil kadar upah mereka bersesuaian dengan keperluan, tugas, amanah-amanah dan perbelanjaan yang dikeluarkan”

  1. Pandangan Imam Nawawi mensyarahkan pandangan Imam Syirazi dengan menyebut kadar upah bagi amil adalah kerja yang dilakukannya bukan atas bahagian 1/8 tersebut.

ويستحق العامل قدر أجرة عمله قل أم كثر ، وهذا متفق عليه

Maksudnya:” Amil berhak untuk mendapat kadar upah tertentu kerana kerja yang dilakukannya sama ada banyak atau sedikit, bahkan perkara ini disepakati”

  1. Imam Khatib Al-Syarbini menyatakan bahawa pembahagian asnaf adalah sama rata kecuali amil kerana bahagian amil adalah berdasarkan kerjanya.

وتجب التسوية بين الأصناف غير العامل

Maksudnya: “Wajib menyamakan agihan zakat antara asnaf-asnaf selain amil”

 

54

HUKUM PENDENGARAN PROSIDING KES MAL MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .

Keputusan :

  1. Pendengaran prosiding kes mal Mahkamah Syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah diharuskanberdasarkan prinsip siyasah syar’iyyah
  2. Disebut di dalam kitab Maqasid al-Qada’ Fi al-Islam al-Tanzim al-Qadha’ie oleh Dr.Hatim ibn Muhammad yang menerangkan mengenai kehakiman syariah yang bersandarkan kepada prinsip maslahah dan maqasid syariah iaitu ;

والقضاء عامة من أهم وظائف الدولة ، وهوښي الاسلام من أهم الولايات التي تنهض عليها الأمة ښي سياسة الدنيا وحراسة الدين ، ولعل شدة تعلقه بالحياة العملية ، جعله متشاء اهتمام الفقهاء ومحط أنظارهم

Maksudnya: “Kehakiman merupakan salah satu fungsi yang paling penting dalam sebuah negara. Dalam Islam ia juga adalah salah satu fungsi yang paling penting dalam pembangunan ummah bagi mengurus tadbir urusan dunia serta memelihara kesucian agama. Betapa pentingnya kehakiman itu dalam kehidupan sehingga ia menjadi fokus, perhatian dan penelitian para fuqaha’.

  1. Berdasarkan kaedah fiqh ;

إذا ضاق الامر إتسع

Maksudnya : “ Apabila sempit sesuatu perkara itu , maka hendaklah diluaskan “

  • Abdul Karim Zaydan dalam Nizam al-Qadha’ fi al-Syariah al-Islamiah menyebutkan bahawa :

Maksudnya : “ Seseorang hakim memerlukan tempat yang tertentu dan tempat tersebut mudah diketahui umum bagi menjalankan tugas kehakiman dan perbicaraan . Tempat ini hendaklah memberikan keselesaan kepada hakim dan juga pihak-pihak yang bertikai , begitu juga dapat memberikan segala kemudahan kepada orang ramai untuk menghadirinya …”

  1. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang hendaklah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan dengan pematuhan kepada hukum syarak dan mengambil kira keselamatan kepada prosedur serta kerahsiaan perbicaraan yang dijalankan .

 

53

HUKUM PLASMA DARAH DALAM MAKANAN

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video

Keputusan :

  1. Penggunaan darah mengalir dalam segala jenis makanan atau minuman adalah haram secara ijmak .
  2. Penggunaan  plasma darah dalam produk makanan atau minuman semasa adalah haram (tidak halal) berdasarkan hujahan berikut ;
  3. Tidak berlaku sebarang proses Istihalah Tammahdalam penggunaan plasma darah .
  4. Produk makanan yang mengandungi plasma darah tidak menepati konsep istihalahkerana walaupun telah melalui proses perubahan tetapi ia tidak berlaku secara sempurna . Ini kerana plasma darah masih boleh dikesan pada produk akhir walaupun melalui proses perubahan kimia .
  • Penggunaan plasma darah dalam makanan atau minuman tidak sampai ke tahap mendesak atau darurat .

Kaedah fiqh yang terkait dengan keadaan darurat ialah :

الضرورة تبيح المحظورات

Maksudnya : Darurat mengharuskan perkara yang dilarang

Berdasarkan kaedah fiqh yang dibincangkan , jelas bahawa makanan yang mengandungi plasma darah hanya boleh dimakan atau dimanfaatkan ketika berada dalam keadaan benar-benar darurat sahaja namun tidak boleh sewenangnya diamalkan. Penggunaan plasma darah dalam produk makanan pada masa kini tidak mencapai tahap yang boleh dianggap sebagai darurat .

 

51

MENYEMAK SEMULA KAEDAH MEMANDIKAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 DI NEGERI PAHANG

 

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video

Keputusan :

Hukum asal pengurusan jenazah Muslim hendaklah diurus dengan sempurna mengikut kaedah pengurusan jenazah yang dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dikebumikan. Namun bagi jenazah yang dijangkiti penyakit berbahaya yang dibimbangi menjangkiti kepada pengurus jenazah semasa diuruskan, maka diputuskan dengan cara;

  1. Jika diyakini selamat dan tidak memudharatkan kepada pihak pengurusan, maka jenazah diuruskan dengan sempurnadari urusan memandi, mengkapan, menyembahyangkan hingga pengkebumian
  2. Jika pihak pengurus jenazah bimbang kepada keselamatan semasa menguruskan jenazah khususnya semasa pemandian, bolehlah dilalukan air atau dijiruskan airke seluruh tubuh mayat. Kemudian dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan
  • Jika pihak pengurus jenazah bimbang dijangkiti dengan penggunaan air semasa urusan pemandian khususnya, maka jenazah berkenaan bolehla ditayamumkan sahaja tanpa dimandikan. Kemudian jenazah dikapan dan seterusnya dikebumikan .

 

48

PENAMBAHBAIKAN SIGHAH ZAKAT KWSP

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021  bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju agar penambahbaikan sighah zakat KWSP dilakukan seperti berikut ;

  1. Zakat KWSP adalah wajib ke atas umat Islam apabila simpanan yang boleh dikeluarkan mencukupi nisab , milik sempurna (al- milk al-tam) dan bukan pengeluaran berkaitan hajah asliah
  2. Zakat KWSP hendaklah dibayar selepas penerimaan secara serta -merta tanpa menunggu haul satu tahun berdasarkan kaedah zakat al-mustafad
  3. Pengeluaran wang KWSP disebabkan kematian tidak wajib dikeluarkan zakat kerana ia menjadi harta pusaka
  4. Ahli beragama Islam tidak mengeluarkan sepenuhnya simpanan yang boleh dikeluarkan , baki simpanan berdasarkan syarat-syarat zakat tersebut .

 

49

PENGGUNAAN DANA MASJID BAGI TUJUAN PELABURAN

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021 bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa dana masjid harus digunakan bagi tujuan perniagaan dan pelaburan dengan syarat :

  1. Tabung masjid hendaklah di seragamkan dengan nama tabung Imarah dan Pembangunan Masjid
  2. Wang tabung tersebut boleh digunakan untuk semua aktiviti pembangunan ekonomi masjid
  3. Wang tersebut juga boleh dijadikan sebagai wang wakaf, jika dipersetujui oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

 

50

STATUS HALAL VAKSIN ASTRAZENECA DAN SINOVAC

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 yang bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video

Keputusan :

Penggunaan vaksin Astra Zeneca dan Vaksin Sinovec selain Pfizer dalam program vaksinasi di negeri ini hukumnya adalah Harus untuk digunakan. Keharusan ini berdasarkan penerangan oleh Pakar Vasksin daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengenai cara penyediaan dan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudharat kepada penerima vaksin. Ini bersesuaian dengan dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis serta Kaedah Fiqh

  1. Firman Allah swt dalam surah Al Nahl ayat 43;

فَاسْـَٔلُوْٓا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَۙ

Maksudnya: Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui

  1. Hadis daripada Ubadah bin al-Somit r.a berkata

إن  من قضاء رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قضى أن لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: Antara yang diputuskan oleh Rasulullah ialah tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada perbuatan membalas kemudaratan

  • Sesungguhnya apa jua keputusan dan hukum yang dikeluarkan selagi mana berdasarkan kepada sumber hukum yang sahih adalah benar berdasarkan kaedahالإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد) ) bermaksud: sesuatu ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad yang lain. Begitu juga  dengan hadis Rasulullah S.A.W , iaitu :

إِذَا حَكَمَ الحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثم أَصابَ فله أَجْرَان، وإِذا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثم أَخْطَأَ فله أَجْرٌ

Maksudnya : Apabila seorang hakim berhukum lalu ia berijtihad kemudian hukum tersebut adalah betul maka ia mendapat dua pahala , jika ia berhukum kemudian ia berijtihad tetapi ijtihadnya tidak betul ia tetap mendapat satu pahala .

  1. Kaedah Fiqh

ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها

 

 

Maksudnya : Kemudaratan yang diharuskan dengan kadar yang bersesuaian dengan kemudaratannya

 

47

WAKAF TUNAI BANK MUAMALAT  

Oleh :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021  bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju memutuskan agar  memberikan hak pelantikan kepada Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB) sebagai ejen kutipan wakaf tunai dan bersama-sama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk mengurus projek wakaf terpilih melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB).

  1. Di dalam cadangan kerjasama ini , pihak Majlis dimohon ;
  2. Melantik BMMB sebagai ejen untuk mengutip sumbangan wakaf daripada masyarakat untuk dimasukkan ke akaun wakaf induk Majlis di cawangan BMMB yang dipersetujui kemudian
  3. Memberi kerjasama penuh dan bantuan segera kepada BMMB termasuk bagi tujuan promosi dan penerangan dalam melaksanakan Wakaf Pahang Muamalat
  4. Memberi maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh BMMB melaksanakan Wakaf Pahang Muamalat
  5. Memastikan setiap tuntutan pengeluaran dana wakaf yang telah diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Bersama dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tuntutan dibuat .
  6. Majlis perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pelepasan cukai atas sumbangan wakaf
  7. Bagi sumbangan dana kepada Wakaf Pahang Muamalat , Majlis mesti memastikan rekod dan maklumat pengeluaran resit bagi pelepasan cukai kepada pewakaf dikemaskini dan dikeluarkan secara tahunan. Salinan rekod pengeluaran resit-resit hendaklah diberikan kepada BMMB bagi tujuan rekod dan rujukan .
  8. Memastikan dana wakaf dimasukkan dalam akaun induk Wakaf Pahang Muamalat yang dimiliki oleh MUIP. Justeru bagi keperluan cadangan kerjasama BMMB ini pihak Majlis dikehendaki membuka Akaun Semasa Dana Wakaf Pahang di BMMB Cawangan Kuantan . Dana wakaf ini akan dikenali sebagai Wakaf Pahang Muamalat .
  9. Tandatangan bagi akaun semasa di BMMB ini cadangan untuk ditandatangani oleh Yang Amat Mulia Tengku Timbalan Yang Dipertua Majlis dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis
  10. Usaha ini dibentuk dengan hasrat untuk menjadikan institusi Perbankan Islam sebagai kutipan dana wakaf MUIP
  11. Hasil dari kerjasama ini kutipan dana wakaf Pahang dijangka akan meningkat . Kutipan ini seterusnya dapat disalurkan kepada perlaksanaan aktiviti dan projek wakaf di bawah seliaan Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang dianggotai oleh wakil MUIP dan BMMB untuk manfaat kepada masyarakat sebagaimana yang sedang dilaksanakan di Kelantan , Negeri Sembilan dan Selangor .
  12. Dengan rangkaian 65 cawangan BMMB di seluruh negara serta ledakan teknologi kewangan , saluran kutipan dapat dipelbagaikan bagi menjana lebih banyak kutipan dana wakaf . BMMB juga dapat menawarkan kepakarannya dalam pelaburan , pemasaran , dan pengurusan risiko dalam kerjasama ini supaya prestasi dana terus mampan dan berdaya saing .
  13. Mesyuarat bersetuju menyerahkan isu dan permohonan kerjasama ini kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana mesyuarat menganggapkan bahawa kerjasama ini diperhalusi di bawah Jawatankuasa Wakaf Pahang yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Panglima Raja ( Timbalan Yang Dipertua MUIP ) dan jika terdapat isu hukum sewaktu melaksanakannya barulah ianya dirujuk kepada Jawatankuasa Perundingan Syarak Negeri Pahang .