Objektif Bahagian Khidmat Pengurusan
Merancang, mengawal, mengurus dan melaksanakan hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan jabatan dengan cekap, cepat dan teratur.
Fungsi Utama Bahagian Khidmat Pengurusan
- Mengurus dan mentadbir segala perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan jabatan.
- Pengurusan pentadbiran seperti pengurusan stor dan fail/rekod, keselamatan pejabat, penyelenggaraan ruang kerja dan kenderaan jabatan.
- Pengurusan kewangan yang meliputi bayaran, gaji, peruntukan tahunan jabatan dan pengurusan hasil jabatan.
- Pengurusan sumber manusia dan lain-lain hal perkhidmatan
- Pengurusan khidmat pelanggan