Jabatan Mufti Negeri Pahang

TUJUAN

Kod etika ini bertujuan membantu warga JMNP mengotakan ikrar dan aku janji yang telah dilafazkan dalam pelaksanaan tanggungjawab masing-masing terhadap diri, Jabatan, Perkhidmatan Awam dan Negara.

DEFENISI

Menurut Pelan Integriti Nasional, etika ditafsirkan sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

ETIKA KERJA :

  • Menghayati integriti diri dengan memaparkan akhlak yang mulia, terpuji dan boleh diteladani.
  • Berusaha memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dari segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti produk perkhidmatan.
  • Menghindari diri dari kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan atau keadaan-keadaan yang boleh meletakkan diri sebagai penjawat awam dalam keadaan serba-salah.
  • Berusaha mengutamakan kepentingan Negara dan orang awam daripada kepentingan peribadi.
  • Menghormati kepercayaan agama, budaya dan tatasusila semua kaum