Jabatan Mufti Negeri Pahang

Kunjungan Hormat Pengarah Tabung Haji Wilayah Timur dan Pengarah Tabung Haji Negeri Pahang

PEKAN, 13 Oktober 2021 – Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman hari ini menerima kunjungan hormat dari Pengarah Tabung Haji Wilayah Timur, YH. Dato’ Haji Mohyen bin Mosman dan Pengarah Tabung Haji Negeri Pahang, Tuan Haji Mohamad Zahir bin Hussin @ Yusof.

Kunjungan ini dapat mempereratkan lagi hubungan sesama agensi serta turut memberi ruang bagi bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.