Jabatan Mufti Negeri Pahang

Kursus Teknik Penulisan Khutbah Bagi Khatib-Khatib Masjid Negeri Pahang Peringkat Daerah Kuala Lipis Tahun 2022

Kuala Lipis, 22 Mac 2022 – Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Teknik Penulisan Khutbah Bagi Khatib-Khatib Masjid Negeri Pahang Peringkat Daerah Kuala Lipis.

Tujuan program ini diadakan adalah satu kemahiran yang sangat penting kerana jika ia dilaksanakan dengan teliti dan tersusun maka pembaca khutbah atau penyampaiannya akan menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat.

Penceramah bagi kursus ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shupian Bin Majid selaku Panel Ahli Semakan Khutbah Negeri Pahang dan seramai 80 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Lipis bekerjasama dalam menjayakan Kursus Teknik Penulisan Khutbah Bagi Khatib-Khatib Masjid Negeri Pahang bagi Tahun 2022.

Ucapan perasmian dan cenderahati telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shaharuddin Bin Haji Muhammad Nor (Ketua Bahagian Rujukan Fatwa)