Jabatan Mufti Negeri Pahang

Kursus Teknik Penulisan Khutbah Bagi Khatib-Khatib Masjid Negeri Pahang

Maran, 10 Mac 2022 – Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Teknik Penulisan Khutbah Bagi Khatib-Khatib Masjid Negeri Pahang Peringkat Daerah Maran.

Tujuan program ini diadakan adalah satu kemahiran yang sangat penting kerana jika ia dilaksanakan dengan teliti dan tersusun maka pembaca khutbah atau penyampaiannya akan menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat.

Penceramah bagi kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Salih Bin Talib selaku Panel Ahli Semakan Khutbah Negeri Pahang dan seramai 80 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Maran bekerjasama dalam menjayakan Kursus Teknik Penulisan Khutbah Bagi Khatib-Khatib Masjid Negeri Pahang bagi Tahun 2022.

Ucapan perasmian dan cenderahati telah disampaikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki Bin Md Zain( Sahibul Fadhilah Mufti Negeri Pahang).