Jabatan Mufti Negeri Pahang

Perhimpunan Bulanan Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang

PEKAN, 08 Ogos 2022 –
Perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang serta Penyerahan Bendera Pahang kepada Ketua Kontinjen ke Liqa’ Mahabbah Jabatan Mufti Semalaysia di UNIMAS Sarawak di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Pahang Pekan, Pahang.
 
Di samping itu juga, diadakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Jabatan Dan SUK Pahang kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat dengan jayanya bagi tahun 2021 dan 2022.
 
Tahniah diucapkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang atas kecemerlangan dalam melaksanakan tugas-tugas dengan jayanya.