Jabatan Mufti Negeri Pahang

Program Bicara Mufti Peringkat Daerah Kuantan

KUANTAN, 19 Ogos 2022 – Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bicara Mufti Peringkat Daerah Kuantan pada hari ini 19 Ogos 2022 di Masjid Al Mukmin, Taman Impianaku Kuantan.

Antara program yang menarik sepanjang berlangsungnya program ini iaitu bicara mufti daripada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Osman, cerapan langit malam, pelancaran kempen solat berjemaah dan semakan tarikh lahir bulan Islam.

Terima kasih diucapkan kepada semua  jemaah yang hadir.