Jabatan Mufti Negeri Pahang

Program Jalinan Mesra Agihan Bubur Lambuk Ramadan peringkat Jabatan Bagi Tahun 2022

Pekan, 11 April 2022 – Program Jalinan Mesra Agihan Bubur Lambuk Ramadan peringkat Jabatan telah berlangsung di parkir Jabatan Mufti Negeri Pahang pada hari ini.

Seawal jam 8.00 pagi dengan kerjasama semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang sudah memulakan persiapan menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada semua Ketua-ketua jabatan di daerah Pekan.

Proses memasak bubuk lambuk telah siap jam 11.00 pagi dan kemudian dibungkus untuk diedarkan. Sebanyak 200 bekas bubur lambuk telah diedarkan secara percuma kepada semua jabatan di daerah Pekan.

Segala kerjasama dan usaha yang diberikan dalam  menjayakan program ini sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat.