Jabatan Mufti Negeri Pahang

Program Pemantapan Khatib Negeri Pahang Peringkat Daerah Raub

Raub, 25 Oktober 2021– Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program Pemantapan Khatib Negeri Pahang Daerah Raub bagi tahun 2021 pada hari ini. Seminar ini telah disampaikan Al-Fadhil Tuan Ustaz Zahari Bin Daud.

Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kewibawaan para Khatib dalam penyampaian khutbah berkesan serta mampu membangkitkan kesedaran kepada masyarakat Islam setempat dalam Negeri Pahang.

Seramai 50 orang peserta yang terlibat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekangkan penularan wabak Covid-19. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Bentong bekerjasama dalam menjayakan program seminar ini.

Ucapan perasmian dan penyampaian sijil penghargaan beserta cenderahati telah disampaikan oleh Al- Fadhil Qadhi Daerah Raub.