Jabatan Mufti Negeri Pahang

Sejarah Al-Masjidil Aqsa Sebagai Kiblat Pertama dan Kaitannya Dengan Falak

20 Oktober 2021– Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program webinar falak iaitu Sejarah Al-Masjidil Aqsa Sebagai Kiblat Pertama dan Kaitannya Dengan Falak  secara langsung pada jam 9.00 malam di Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang pada hari ini. Sejarah Al-Masjidil Aqsa Sebagai Kiblat Pertama dan Kaitannya Dengan Falak telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisham (Ahli Mesyuarat Falak Syarie Negeri Pahang).

Tujuan program ini diadakan bagi mengenali al-Masjidil Aqsa serta asas kiblat dengan sejarah ilmu falak.  Program ini juga mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu falak astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam dan satu ilmu yang perlu dipelajari khususnya setiap individu.

Semoga perkongsian ilmu falak ini memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat.