Jabatan Mufti Negeri Pahang

29.3.2021, Raub – Seminar Fiqh Astronomi peringkat Daerah Raub telah berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub pada hari ini.

Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan seminar ini bagi mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu Falak astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam dan satu ilmu yang perlu dipelajari khususnya setiap individu.

Penceramah jemputan iaitu Encik Shahrin Bin Ahmad telah menjelaskan isu-isu berkaitan gerhana bulan dan matahar yang merupakan tanda keagungan Illahi.

Seminar ini juga telah dirasmikan oleh YH Dato’ Sri Dr Hj Abdul Rahman Bin Hj Osman, Mufti Negeri Pahang.