Jabatan Mufti Negeri Pahang

Seminar Fiqh Falak Peringkat Daerah Pekan

Pekan, 26 November 2021– Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program Seminar Fiqh Astronomi Peringkat Daerah Pekan bagi tahun 2021 pada hari ini. Seminar ini telah disampaikan oeh Encik Shahrin Bin Ahmad daripada Pengasas Falak Online.

Tujuan program ini diadakan bagi mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu falak astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam dan satu ilmu yang perlu dipelajari khususnya setiap individu serta menjelaskan isu-isu berkaitan gerhana bulan dan matahari yang merupakan tanda keagungan Illahi.

Seramai 100 orang peserta yang terlibat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekangkan penularan wabak Covid-19. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan program seminar ini.

Ucapan alu-aluan dan perasmian  telah disampaikan oleh  Ketua Bahagian Falak, Al-Fadhil Ustaz Shaharuddin bin Mohd Idris @ Muhammad Nor(Ketua Penolong Mufti).