Jabatan Mufti Negeri Pahang

Webinar Celik Falak : Cerapan Live Objek Samawi dan Penggunaan Pratikal Aplikasi Stellarium

15 Oktober 2021– Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program webinar Celik Falak iaitu Cerapan Live Objek Samawi dan Penggunaan pratikal aplikasi Stellarium secara langsung di Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang yang akan disampaikan oleh Encik Shahrin Bin Ahmad daripada Falak Online.

Program webinar Celik Falak ini mempunyai empat siri bermula dari 01 Oktober hingga 29 Oktober 2021. Tujuan program ini diadakan bagi menjelaskan   penggunaan alatan cerapan dan mencerap bulan atau bintang secara Live terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang menonton.

Semoga perkongsian ilmu falak ini memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat.