Jabatan Mufti Negeri Pahang

Webinar Falak : Sejarah Ithbat Hilal Di Malaysia Dan Cadangan Kriteria Baru Hisab Imkanurrukyah

06 Oktober 2021– Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program webinar falak iaitu Sejarah Ithbat Hilal di Malaysia dan Cadangan Kriteria Baru Hisab Imkanurrukyah secara langsung di Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang yang akan disampaikan oleh Prof Kehormat Dato’ Dr Mohd Zambri Zainuddin(Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) serta moderator jemputan adalah Dr Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisham (Ahli Mesyuarat Falak Syarie Negeri Pahang)

Tujuan program ini diadakan bagi mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu falak astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam dan satu ilmu yang perlu dipelajari khususnya setiap individu.

Semoga perkongsian ilmu falak ini memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat.