Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 16 Oktober 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

HUKUM PLASMA DARAH DALAM MAKANAN

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video

Keputusan :
  1. Penggunaan darah mengalir dalam segala jenis makanan atau minuman adalah haram secara ijmak .
  2. Penggunaan plasma darah dalam produk makanan atau minuman semasa adalah haram (tidak halal) berdasarkan hujahan berikut ;
  3. Tidak berlaku sebarang proses Istihalah Tammahdalam penggunaan plasma darah .
  4. Produk makanan yang mengandungi plasma darah tidak menepati konsep istihalahkerana walaupun telah melalui proses perubahan tetapi ia tidak berlaku secara sempurna . Ini kerana plasma darah masih boleh dikesan pada produk akhir walaupun melalui proses perubahan kimia .
  5. Penggunaan plasma darah dalam makanan atau minuman tidak sampai ke tahap mendesak atau darurat .

Kaedah fiqh yang terkait dengan keadaan darurat ialah :

الضرورة تبيح المحظورات
Maksudnya : Darurat mengharuskan perkara yang dilarang

Berdasarkan kaedah fiqh yang dibincangkan , jelas bahawa makanan yang mengandungi plasma darah hanya boleh dimakan atau dimanfaatkan ketika berada dalam keadaan benar-benar darurat sahaja namun tidak boleh sewenangnya diamalkan. Penggunaan plasma darah dalam produk makanan pada masa kini tidak mencapai tahap yang boleh dianggap sebagai darurat .