Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Ahad, 22 Disember 2024 | 20 Jamadil Akhir 1446

e-FATWA

STATUS HALAL VAKSIN ASTRAZENECA DAN SINOVAC

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 yang bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video

Keputusan :
Penggunaan vaksin Astra Zeneca dan Vaksin Sinovec selain Pfizer dalam program vaksinasi di negeri ini hukumnya adalah Harus untuk digunakan. Keharusan ini berdasarkan penerangan oleh Pakar Vasksin daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengenai cara penyediaan dan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudharat kepada penerima vaksin. Ini bersesuaian dengan dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis serta Kaedah Fiqh

Firman Allah swt dalam surah Al Nahl ayat 43;

فَاسْـَٔلُوْٓا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَۙ
Maksudnya: Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui

Hadis daripada Ubadah bin al-Somit r.a berkata

إن من قضاء رسول الله صلى الله عليه وسلم – أنه قضى أن لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: Antara yang diputuskan oleh Rasulullah ialah tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada perbuatan membalas kemudaratan

Sesungguhnya apa jua keputusan dan hukum yang dikeluarkan selagi mana berdasarkan kepada sumber hukum yang sahih adalah benar berdasarkan kaedahالإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد) ) bermaksud: sesuatu ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad yang lain. Begitu juga dengan hadis Rasulullah S.A.W , iaitu :

إِذَا حَكَمَ الحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثم أَصابَ فله أَجْرَان، وإِذا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثم أَخْطَأَ فله أَجْرٌ
Maksudnya : Apabila seorang hakim berhukum lalu ia berijtihad kemudian hukum tersebut adalah betul maka ia mendapat dua pahala , jika ia berhukum kemudian ia berijtihad tetapi ijtihadnya tidak betul ia tetap mendapat satu pahala .

Kaedah Fiqh

ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها
Maksudnya : Kemudaratan yang diharuskan dengan kadar yang bersesuaian dengan kemudaratannya
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 Disember 2024. Jumlah Pelawat : 602,978
Kembali ke Atas
Malaysia 89.2% Malaysia
United States of America 8.4% United States of America

Jumlah:

46

Countries
602978
Hari Ini: 170
Minggu Ini: 2,764
Bulan Ini: 8,565
Tahun Ini: 27,393