ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 4/2025 yang bersidang pada 13 hingga 14 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa :
Aliran pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyesatkan serta menyeleweng daripada ajaran Islam. Islam Liberal merupakan sebuah fahaman atau doktrin penafsiran dan pemahaman semula agama Islam dalam kehidupan semasa berdasarkan kerangka liberalisme di Barat sehingga menyeleweng daripada agama Islam berteraskan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Antara ciri aliran pemikiran Islam Liberal ialah:
2. Pentafsiran semula al-Quran menggunakan kaedah hermeneutik (metode pentafsiran dan kritikan teks Bible) sehingga berlaku percanggahan dengan makna al-Quran yang sebenar;
3. Menolak hadis secara halus sebagai sumber hukum dalamIslam dan merendah-rendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW;
4. Menerima sekularisme seperti dualisme (saling bertentangan)antara wahyu-akal, kebebasan individu, konsep negara sekular serta demokrasi liberal
dan sebagainya;
5. Mendakwa tiada kebenaran mutlak (relativisme kebenaran) dalam agama dan kehidupan, iaitu dengan memanipulasi wacana kesabitan ilmu;
6. Menolak autoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah, mengabaikan hukum dari ijmak serta jumhur: dan mengetepikan disiplin ilmu Islam yang telah mapan;
7. Bebas untuk berijtihad dengan melakukan rombakan semula terhadap hukum syariahdengan dakwaan mengutamakan tujuan hukum (maqasid syariah)berbanding bentuk hukum;
8. Menyokong pluralisme agama iaitu fahaman semua agama adalah sama benar dan membawa kepada tuhan, konsep dan jalannya sahaja yang berbeza;
9. Berpegang dengan nilai-nilai dan hak asasi manusia menurut tafsiran Barat seperti kebebasan beragama (bebas murtad), seks bebas, LGBTQ dan lain-lain;
10. Berusaha menghapuskan institusi Islam dalam negara melibatkan Mahkamah Syariah dengan meruntuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain;
11. Membela golongan menyeleweng atas dakwaan ditindas dalam negara Muslim seperti golongan yang ingin murtad, kumpulan ajaran sesat dan penentang Islam;
12. Menyokong feminisme dan mengangkat wacana kesetaraan gender dengan dakwaankaum wanita telah didiskriminasi oleh kaum lelaki dan ulama’.
Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan bahawa mana-mana individu atau kumpulan orang yang berpegang dan mengamalkan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyesatkan serta menyeleweng daripada ajaran Islam. Setiap orang Islam hendaklah menjauhi pemikiran Islam Liberal ini, serta dilarang berpegang dan mengamalkannya. Mana-mana orang Islam yang telah berpegang dan mengamalkannya hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT. Apa-apa publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual, online atau apa-apa yang berkaitan aliran pemikiran Islam Liberal adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat.