Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الثلاثاء، 03 شباط/فبراير 2026 | 15 Syaaban 1447

e-FATWA

HUKUM MENGENAKAN CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS KUTIPAN INFAQ AM

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 05/2025 pada 8 & 9 Disember 2025 telah memutuskan:

Keputusan:

Mesyuarat memutuskan:

1. Baitulmal merupakan suatu badan yang memikul tanggungjawab hakiki untuk menerima pelbagai bentuk hak dan sumbangan seperti harta pusaka, wang tidak patuh syariah, zakat, fidyah, luqatah, sedekah dan lain-lain.

2. Tugas
Baitulmal untuk menggunakan wang terimaan bagi kemaslahatan masyarakat semasa berdasarkan kaedah Siasah Syar’iyyah.

3. Diharuskan
kepada baitulmal menggunakan wang terimaan tersebut untuk pengurusan baitulmal sekiranya sumber pendapatan sedia ada tidak mencukupi.

4. Mana-mana
pihak yang mengambil upah daripada kutipan sedekah, hibah atau hadiah hendaklah mendapat persetujuan penyumbang dengan dinyatakan secara jelas dalam akad tersebut bersesuaian dengan kehendak akad wakalah berupah (wakalah bil-ajr)
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 01 شباط/فبراير 2026. Jumlah Pelawat : 1,367,089
Kembali ke Atas
Malaysia 95.9% Malaysia
United States of America 2.1% United States of America

Total:

113

Countries
1367089
Today: 2,343
This Week: 5,772
This Month: 9,128
This Year: 90,865