Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الجمعة، 09 كانون2/يناير 2026 | 19 Rejab 1447

e-FATWA

PENGALIHAN KUBUR ENCIK DAUD BIN ABDULLAH YANG TELAH DIKEBUMI SECARA ADAT ORANG ASLI

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 04/2025 telah bersidang pada 13 - 14 Oktober 2025 telah membuat keputusan bahawa:

a) Hukum asal penggalian kubur orang Islam setelah berubah jasadnya adalah haram.

b) Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak membenarkan dan bersetuju untuk menggali kubur tersebut bagi menguruskan jenazah secara Islam atas sebab darurah.

c) Jawatankuasa berpandangan bahawa membiarkan jenazah tersebut tanpa diuruskan secara Islam (jenazah dikebumikan beserta barang-barang kegunaan si mati semasa hidup) dibimbangi menjadi amalan berterusan masyarakat Orang Asli yang boleh membawa kepada amalan khurafat.

d) Pihak Al-Fadhil Qadhi hendaklah mengambil langkah menyelesai urusan penggalian dan pengkebumian semula dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan kadar segera.

e) Dicadangkan agar pihak polis bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah untuk setiap kes kematian melibatkan masyarakat Orang Asli supaya dapat dikenalpasti dengan tepat bagi status keislaman si mati lebih awal.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 06 كانون2/يناير 2026. Jumlah Pelawat : 1,297,596
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia
United States of America 2.1% United States of America

Total:

101

Countries
1297596
Today: 1,413
This Week: 10,095
This Month: 21,372
This Year: 21,372