Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأربعاء، 23 أيلول/سبتمبر 2026 | 11 Rabiulakhir 1448

e-FATWA

PENGALIHAN KUBUR LAMA DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG TEKEK PULAU TIOMAN, ROMPIN

Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2026 yang bersidang pada 27 dan 28 April 2026 telah memutuskan mengenai pengalihan kubur lama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tekek Pulau Tioman, Rompin bagi tujuan menyusun kubur lama adalah sepertimana berikut: 
(a)Hukum asal penggalian semula kubur orang Islam adalah haram, lebih-lebih lagi setelah berubah jasadnya kecuali jika ada hajah (keperluan yang mendesak).

(b)Wajib menggali semula kubur jenazah orang Islam yang dikebumikan tanpa diurus secara Syarak, atau salah arah kiblat jika jasadnya masih baru dan belum berubah, untuk diurus secara betul mengikut Syarak dan dikebumikan menghadap kiblat.

(c)Penggalian semula kubur-kubur untuk dikelompokkan setempat pada tanah perkuburan tersebut tidak termasuk dalam kategori hajah ( keperluan yang mendesak).

(d)Kubur-kubur lama yang berselerak hendaklah dikekalkan tanpa digali semula.

(e)Harus Mengubah kepuk kubur atau batas atas kubur untuk menjadikannya menghadap arah kilblat, dan menjadikan kubur tersebut lebih tersusun serta mudah untuk pengkebumian jenazah yang baru.

(f)Pengurusan kubur dinasihatkan supaya meletakkan jarak antara kubur yang salah arah kiblat (walaupun kepuknya telah dibetulkan) supaya penggalian kubur baharu tidak terkena jenazah lama.

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 أيلول/سبتمبر 2026. Jumlah Pelawat : 1,945,097
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia
United States of America 2.0% United States of America

Total:

142

Countries
1945097
Today: 2,157
This Week: 7,178
This Month: 44,934
This Year: 668,873