Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02 Tahun 2026 pada 26 dan 27 Julai 2026 telah memutuskan mengenai permohonan Surau Kebenaran Jumaat bagi Surau Musolla Ar-Raudhah, Pelindung Perdana, Kuantan.
Keputusan:
Mesyuarat memutuskan bahawa:
Permohonan untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau Musolla Ar-Raudah, Pelindung Perdana, Kuantan adalah adalah ditangguhkan dan perlu dibentangkan semula. Sekiranya Pihak surau masih berhasrat meneruskan permohonan ini, ia dikehendaki menyelesaikan perkara - perkara berikut;
i) Jawatankuasa surau hendaklah dipilih daripada kalangan ahli kariah.
ii) Mesyuarat mengesyorkan Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan Bandaraya dilantik sebagai pengerusi sementara surau berkenaan buat masa ini;
iii) Mesyuarat bersetuju agar sekurang-kurangnya 30% daripada ahli jawatankuasa surau terdiri daripada ahli madrasah bagi menjaga niat pewakaf menggunakannya untuk aktiviti madrasah, selain daripada aktiviti ahli kariah.