Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأحد، 22 كانون1/ديسمبر 2024 | 20 Jamadil Akhir 1446

Maklumat Pentadbiran Dan Pengurusan Tertinggi

Dr Haji Muhamad Miziazam Bin Haji Yahya, SMP., AMP., PKC

Dr Haji Muhamad Miziazam Bin Haji Yahya, SMP., AMP., PKC

Memulakan kerjaya sebagai guru di sekolah kebangsaan Felda Bukit Damar pada tahun 1989. Kemudian pada tahun 1996 mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan Kepong, Selangor. Seterusnya pada tahun 1998 ditawarkan mengajar sebagai Pensyarah di Sekolah Pengajian Syariah (undang-undang perbandingan) dan sekolah pengajian dakwah di Kolej Islam Pahang (sekarang UNIPSAS). Selanjutnya pada tahun 2001 ditugaskan menjadi Qadhi Daerah Kuala Lipis selama (1) setahun setelah itu ditukarkan pula menjadi Qadhi di Daerah Pekan Bandar Diraja selama (10) sepuluh tahun. Kemudiannya pada bulan Disember 2012, dipindahkan pula ke Jabatan Mufti Negeri Pahang sehinggalah sekarang dengan menjawat jawatan sebagai ketua bahagian fatwa.

Kelulusan / kelayakan
  • Sijil amalan kefatwaan daripada Universiti Al Azhar, Mesir
  • Sijil asas fatwa daripada Dar Al Ifta’ , Mesir
  • Ijazah (syahadah al ula) syariah, Majmak Dimasq, syria (tak rasmi)
  • Ijazah Usuluddin, Universiti Malaya
  • Ijazah Sarjana, Universiti Malaya
  • Ijazah PhD kefatwaan, Universiti Malaysia Pahang

Penulisan-penulisan ilmiah, sebagai panel forum dan pembentang kertas kerja kefatwaan. Menyumbangkan penulisan- penulisan ilmiah di beberapa buah buku dan jurnal di Malaysia antaranya, Jurnal Universiti Sains Islam Malaysia (institute fatwa dan management (INFAD) bertajuk “Penyelarasan Fatwa antara Pahang dan persekutuan”, Jurnal Universiti Putra Malaysia bertajuk, “The Role of National Fatwa Committee in Handling Consumerism issues in malaysia”, Jurnal al sirat, Universiti Sultan Ahmad Shah bertajuk “Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan Proses Pengeluaran Fatwa di Pahang. Di samping itu menjadi pembentang kertas kerja dan ahli panel di forum-forum, seminar-seminar atau persidangan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan berkaitan bidang kefatwaan seperti seminar ulama Pahang 2023 di Kuantan, seminar bank susu ibu secara video conference anjuran Universiti Islam Antarabangsa 2023, seminar bernafas tanpa asap rokok, anjuran kementerian kesihatan malaysia di HTAA, 2016, seminar vaksin di Universiti Malaysia Pahang 2017
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 كانون1/ديسمبر 2024. Jumlah Pelawat : 602,863
Kembali ke Atas
Malaysia 89.2% Malaysia
United States of America 8.4% United States of America

Total:

46

Countries
602863
Today: 55
This Week: 2,649
This Month: 8,450
This Year: 27,278