Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأربعاء، 16 تشرين1/أكتوير 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

Kenyataan Media

05 تشرين1/أكتوير 2024

FATWA JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG TERHADAP PENGIKUT GLOBAL IKHWAN SERVICES BUSINESS AND HOLDING (GISBH)

Setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin al Mustafa Billah Shah untuk sebaran umum, Jabatan Mufti Negeri Pahang melalui mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah bersetuju seperti berikut;

FATWA JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG TERHADAP PENGIKUT GLOBAL IKHWAN SERVICES BUSINESS AND HOLDING (GISBH)

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada mesyuarat khas pada 2 Oktober 2024, telah memutuskan bahawa:

1. Pengikut-pengikut dari Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), sama ada pekerja yang beragama Islam, atau mana-mana orang Islam, adalah menyeleweng dan sesat apabila
  • Meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh al-Arqam yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada tahun 1994.
  • Mempercayai bahawa Ashaari Bin Muhammad yang telah meninggal dunia pada tahun 2010 tidak mati sebaliknya ghaib.
2. Bahawa keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran- ajaran tersebut di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau mana- mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan.

3. Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak.

4. Semua pihak berkuasa seperti Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan lain-lain hendaklah bekerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantauan kepada pengikut-pengikut GISBH.

PROF. DATO' DR. ASMADI BIN MOHAMED NAIM. DSSS., PMK.
SAHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI PAHANG
05 OKTOBER 2024