21 شباط/فبراير 2025
KEWUJUDAN ZON KHAS ROMPIN BAGI WAKTU SOLAT DAN BERBUKA PUASA BERMULA 1 MAC 2025
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang telah memberi perkenan kepada keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang pada 19 Februari 2025 berkenaan kewujudan Zon Khas Solat Baharu (Zon Khas Rompin) sebagaimana berikut:
Memperkenalkan Zon Khas Waktu Solat untuk Daerah Rompin yang membabitkan tiga mukim iaitu Mukim Rompin, Mukim Endau dan Mukim Pontian bermula 1 Mac 2025. Oleh itu, jadual waktu solat dan berbuka puasa bagi bulan Ramadan 1446H bagi Daerah Rompin akan menggunakan Zon Khas Rompin, dan tidak lagi menggunakan Zon 2 (Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah).
PROF. DATO' DR. ASMADI BIN MOHAMED NAIM. DSSS., PMK.
SAHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI PAHANG
21 FEBRUARI 2025