Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الخميس، 26 تشرين2/نوفمبر 2026 | 16 Jamadilakhir 1448

e-FATWA

CADANGAN KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DIPERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG DENGAN BILANGAN JEMAAH SERAMAI DUA BELAS (12) ORANG.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 05/2025 yang bersidang pada 8 dan 9 Disember 2025 telah membuat keputusan berikut:

Keputusan:

Mesyuarat bersetuju mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02/2025 yang lalu untuk memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada surau Kampung Orang Asli Jemeri, Rompin dengan merujuk kepada syarat-syarat yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut.