Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada 4 Januari 2016
Keputusan :Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Furu’ adalah seperti berikut :
- Mesyuarat bersetuju untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang kesalahan Jenayah Islam Pahang 2013 ( Seksyen 13 )
 
- Sebarang bentuk pertikaian terhadap 25 jenis amalan yang telah disenaraikan boleh diambil tindakan
 
- Membaca Yasin pada malam Jumaat
 
- Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
 
- Mengadakan kenduri arwah
 
- Mengadakan sanbutan maulidul al-Rasul
 
- Membaca Yassin 3 kali di malam nisfu Syaaban
 
- Berdoa beramai-ramai selepas solat Jumaat
 
- Membaca wirid dan zikir secara kuat/ nyaring dalam solat fardu
 
- Membaca Basmalah secara kuat/ nyaring dalam solat fardhu
 
- Menyebut lafaz Usalli dalm niat solat
 
- Membaca Qunut dalam solat subuh
 
- Bersalaman selepas solat Jumaat
 
- Solat sunat sebelum solat Maghrib
 
- Solat sunat sebelum Jumaat
 
- Fidyah solat
 
- Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini
 
- Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20
 
- Menyapu muka selepas memberi salam
 
- Akikah dengan kambing sahaja
 
- Konsep pengambilan Hadis Dhaif
 
- Menyebut perkataan Saiyidina dalam solat
 
- Sedekah bacaan Al-Fatihah kepada si Mai
 
- Ziarah kubur pada Hari Raya
 
- Bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah
 
- Solat Hajat secara berjemaah
 
- Bacaan Selawat secara nyaring ketika solat Tarawikh