Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 16 October 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/ KHILAF FURU'

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada 4 Januari 2016

Keputusan :
Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Furu’ adalah seperti berikut :
  1. Mesyuarat bersetuju untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang kesalahan Jenayah Islam Pahang 2013 ( Seksyen 13 )
  2. Sebarang bentuk pertikaian terhadap 25 jenis amalan yang telah disenaraikan boleh diambil tindakan
  3. Membaca Yasin pada malam Jumaat
  4. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
  5. Mengadakan kenduri arwah
  6. Mengadakan sanbutan maulidul al-Rasul
  7. Membaca Yassin 3 kali di malam nisfu Syaaban
  8. Berdoa beramai-ramai selepas solat Jumaat
  9. Membaca wirid dan zikir secara kuat/ nyaring dalam solat fardu
  10. Membaca Basmalah secara kuat/ nyaring dalam solat fardhu
  11. Menyebut lafaz Usalli dalm niat solat
  12. Membaca Qunut dalam solat subuh
  13. Bersalaman selepas solat Jumaat
  14. Solat sunat sebelum solat Maghrib
  15. Solat sunat sebelum Jumaat
  16. Fidyah solat
  17. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini
  18. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20
  19. Menyapu muka selepas memberi salam
  20. Akikah dengan kambing sahaja
  21. Konsep pengambilan Hadis Dhaif
  22. Menyebut perkataan Saiyidina dalam solat
  23. Sedekah bacaan Al-Fatihah kepada si Mai
  24. Ziarah kubur pada Hari Raya
  25. Bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah
  26. Solat Hajat secara berjemaah
  27. Bacaan Selawat secara nyaring ketika solat Tarawikh