Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأحد، 22 حزيران/يونيو 2025 | 25 Zulhijjah 1446

e-FATWA

AJARAN DAN FAHAMAN DIBAWA OLEH IRWAN BIN ALIAS MELALUI PERTUBUHAN SYARIKAT DAN ENTITI YANG BERKAITAN DENGANNYA

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Ko Ke-5/2022, pada 20 & 21 Disember 2022 telah memutuskan bahawa

Keputusan:
Mesyuarat bersetuju memutuskan fahaman yang dibawa oleh Irwan Bin Alias melalui Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN) adalah sesat, menyesatkan dan menyeleweng daripada ajaran islam serta perlu diharamkan kerana:
I. Menambah atau mengubah dua kalimah Syahadah dengan menyuruh pengikut mengaku bahawa Muhammad itu adalah din kita
II. Mengadakan majlis zikir yang bercampur antara lelaki dan perempuan di tengah malam

III. Menyelewengkan Konsep Tajalli dimana Irwan Bin Alias mengaja Konsep Wahdatul Wujud atau menunggaling Kawula Gust (Menyatunya antara tuhan dengan makhluk) iaitu Allah bertajall di dalam diri
IV. Dari sudut keselamatan negara, Irwan Bin Alias ini ada berunding mendapatkan bekalan senjata bagi kegunaan tentera akhir zaman
Oleh itu:
1.Pemantauan dan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri terhadap pemimpin dan pengikut Irwan Bin Alias berdasarkan Peruntukan undang-undang sedia ada Malaysia
II. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hendaklah menyekat saluran youtube dan media sosial miliki Wan Bin Alias dan kumpulannya daripada diakses oleh masyarakat.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 حزيران/يونيو 2025. Jumlah Pelawat : 938,591
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Total:

84

Countries
938591
Today: 797
This Week: 8,231
This Month: 122,612
This Year: 331,927