Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأحد، 22 حزيران/يونيو 2025 | 25 Zulhijjah 1446

e-FATWA

AJARAN MAKRIFAT OLEH ISMAIL BIN ARIFFIN



Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2022 yang bersidang pada 25 Mei 2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-

Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan Ajaran Makrifat Ismail bin Arifin @ Lepat mengandungi keraguan, kekeliruan dan penyelewengan dari segiakidah, syariah, tasawuf dan tafsiran-tafsiran terhadap ayat al-Quran seperti berikut :

i.Dalam aspek akidah, kefahaman dan pemikiran yang dibawa oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat ini menyerupai fahaman mujasimmah dan mushabbihah serta kecenderungan kepada konsep hulul dan ijtihad yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

ii.Dalam aspek syariat, Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat mempunyai unsur-unsur batiniah kerana wujudnya kecenderungan meremehkan syariat solat dan menghuraikan ibadah solat bertentangan dengan syariat islam

iii.Dalam aspek tasawuf, Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat mengandungi unsur-unsur yang memisahkan hubungan antara syariat, hakikat, dan makrifat yang sebenar menurut Ahli Suinnah Wal Jamaah

iv.Penafsiran Ismail bin Ariffin @ Lepat terhadap ayat-ayat al-Quran dalam ilmu makrifatnya menggunakan logikakal, tidak menepati konteks ayat-ayat tersebut dan tidak bertepatan dengan tafsiran muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa :

i.Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat dan ajaran-ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

ii.Mana-mana individu atau kumpulan yang mengamal dan menyebar fahaman, ajaran dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam

iii.Orang Islam hendaklah menjauhi fahaman dan ajaran ini dan dilarang berpegang dan beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengikut dan mengamalkan ajaran ini hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.

iv.Apa-apa publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual atauapa-apa yang berkaitan dengan ajaran Makrifat Ismail bin Arifin @ Lepat adalah tidak dibenarkan dan perlu disiasat

v.Umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari aspek akidah, syariah, dan tasawuf yang berdasarkan kefahaman Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana umat Islam iaitu dari segi akidah berpandukan manhaj Asyirah dan Maturidiah, dari segi syariah berpandukan manhaj Shafie serta mazhab muktabar yang lain seperti Hanafi, Maliki, Hanbali ketika diperlukan dalam menyelesaikan masalah tertentu dan dari segi tasawuf berpandukan manhaj Islam al-Junaid, Imam al-Ghazali serta aliran tasawuf yang sahih dan muktabar.

vi.Mesyuarat menggesa agar pihak penguatkuasaan agama negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan supaya mengambil tindakan menyekat dan mengharamkan apa-apa kegiatan penyebaran dan penyelewengan Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat termasuk penyebaran buku ‘’Antara Ustaz Ilmu Adab Dengan Seketul Tahi” dan buku-buku lain yang mempunyai unsur-unsur penyelewengan seumpamanya daripada terus tersebar dan mengancam akidah seluruh umat Islam.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 حزيران/يونيو 2025. Jumlah Pelawat : 938,595
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Total:

84

Countries
938595
Today: 801
This Week: 8,235
This Month: 122,616
This Year: 331,931