Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 04/2025 pada 13 - 14 Oktober 2025 telah bersetuju bahawa:
1. Antara syarat kewajipan membayar zakat ialah harta atau syarikat dalam pemilikan Muslim.
2. Entiti perniagaan milik kerajaan yang terlibat dengan pelaburan memenuhi syarat wang berkembang ( al-nama’).
3. Harta awam yang mempunyai ciri-ciri harta berkembang (al-nama’) adalah wajib dikeluarkan zakat mengikut pandangan sebahagian besar Ulama Mazhab Hanafi.
4. Tabiat perniagaan (nature of the business) masa kini yang melibatkan amaun yang besar (manfaat pekerja, keuntungan syarikat dan lain-lain) menunjukkan kepentingan golongan asnaf hendaklah diambil kira dalam perkongsian keuntungan syarikat berdasarkan maslahah yang diperakui oleh Mazhab Syafie dan mazhab-mazhab yang lain.
Oleh itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa badan berkanun, GLC /GLIC, syarikat atau entiti perniagaan yang melabur menggunakan dana awam adalah wajib membayar zakat perniagaan.