Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Friday, 09 January 2026 | 19 Rejab 1447

e-FATWA

STATUS KEWAJIPAN ZAKAT KE ATAS BADAN BERKANUN, GLC /GLIC, SYARIKAT ATAU ENTITI YANG DITUBUHKAN KERAJAAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 04/2025 pada 13 - 14 Oktober 2025 telah bersetuju bahawa:

1. Antara syarat kewajipan membayar zakat ialah harta atau syarikat dalam pemilikan Muslim.

2. Entiti perniagaan milik kerajaan yang terlibat dengan pelaburan memenuhi syarat wang berkembang ( al-nama’).

3. Harta awam yang mempunyai ciri-ciri harta berkembang (al-nama’) adalah wajib dikeluarkan zakat mengikut pandangan sebahagian besar Ulama Mazhab Hanafi.

4. Tabiat perniagaan (nature of the business) masa kini yang melibatkan amaun yang besar (manfaat pekerja, keuntungan syarikat dan lain-lain) menunjukkan kepentingan golongan asnaf hendaklah diambil kira dalam perkongsian keuntungan syarikat berdasarkan maslahah yang diperakui oleh Mazhab Syafie dan mazhab-mazhab yang lain.

Oleh itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa badan berkanun, GLC /GLIC, syarikat atau entiti perniagaan yang melabur menggunakan dana awam adalah wajib membayar zakat perniagaan.

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 January 2026. Jumlah Pelawat : 1,299,493
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia
United States of America 2.1% United States of America

Total:

101

Countries
1299493
Today: 1,702
This Week: 11,992
This Month: 23,269
This Year: 23,269