Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الثلاثاء، 25 آب/أغسطس 2026 | 12 Rabiulawal 1448

e-FATWA

PERMOHONAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AGROPOLITAN CHEMOMOI, BENTONG

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02 Tahun 2026 pada 26 dan 27 Julai 2026 telah memutuskan mengenai permohonan mendirikan solat Jumaat di Surau Agropolitan Chemomoi, Bentong

Keputusan:

Mesyuarat memutuskan bahawa:

1. Permohonan untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau Agropolitan Chemomoi, Bentong adalah ditangguhkan dan perlu dibentang semula setelah menyelesaikan perkara - perkara berikut;

 (i) Status tapak surau hendaklah diwakafkan dan didaftarkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;

 (ii) Sementara proses di atas belum diselesaikan, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak    meminta agar pihak Risda mengeluarkan surat kebenaran bagi membenarkan penduduk di      situ menggunakan bangunan tersebut sebagai tapak surau;

 (iii) Pengurusan surau perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai surau kebenaran Jumaat.

2. Sebarang permohonan menaik taraf kepada status masjid hendaklah dikemukakan permohonan berasingan kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP);

3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kawasan tersebut mempunyai penduduk Islam bermastautin yang ramai melebihi empat puluh (40) orang ahli Jumaat.

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 آب/أغسطس 2026. Jumlah Pelawat : 1,893,288
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia

Total:

142

Countries
1893288
Today: 881
This Week: 1,909
This Month: 19,040
This Year: 617,064