Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02 Tahun 2026 pada 26 dan 27 Julai 2026 telah memutuskan mengenai permohonan mendirikan solat Jumaat di Surau Agropolitan Chemomoi, Bentong
Keputusan:
Mesyuarat memutuskan bahawa:
1. Permohonan untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau Agropolitan Chemomoi, Bentong adalah ditangguhkan dan perlu dibentang semula setelah menyelesaikan perkara - perkara berikut;
(i) Status tapak surau hendaklah diwakafkan dan didaftarkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;
(ii) Sementara proses di atas belum diselesaikan, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak meminta agar pihak Risda mengeluarkan surat kebenaran bagi membenarkan penduduk di situ menggunakan bangunan tersebut sebagai tapak surau;
(iii) Pengurusan surau perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai surau kebenaran Jumaat.
2. Sebarang permohonan menaik taraf kepada status masjid hendaklah dikemukakan permohonan berasingan kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP);
3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kawasan tersebut mempunyai penduduk Islam bermastautin yang ramai melebihi empat puluh (40) orang ahli Jumaat.