Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sunday, 22 June 2025 | 25 Zulhijjah 1446

e-FATWA

KEDUDUKAN KUMPULAN PEMUDA KAHFI @ AJARAN BINA NEGARA ISLAM ( MA’HAD AL- ZAYTUN )

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009, pada 27 Februari 2009

Keputusan :
Pengharaman ajaran Kumpulan Memuda Kahfi @ Ajaran Bina Negara Islam (ma’had al-zaytun ) kerana bertentangan dan menyeleweng daripada aqidah dan syariat Islam.

Keterangan/Hujah: 
i.Penyimpangan aqidah

a)Menciptakan konsep tauhid yang asing serta menjurus ke arah syirik kerana menyamakan kerajaan dan umat dengan Allah

b)Pemahaman yang menghina Rasulullah yang mana baginda diertikan tidak lebih dari penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahanNya, malah orang lain juga adalah Rasul.

c)Meyakini bahawa kenabian akan terus berlangsung selagi ada orang menyampaikan Islam

d)Menciptakan ajaran dan keyakinan akan adanya autoriti kerasulan pada diri da kelompok mereka

e)Dengan bebas melakukan penafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul
f)Menganggap semua orang di luar kelompok mereka sebagai bukan Islam

g)Memberi penjelasan yang meragukan terhadap rukun Iman dan rukun Islam

h)Memberi pengertian yang menyeleweng tentang Sunnah Rasulullah

i)Memegang fahaman salah apabila menghina keadilan sahabat-sahabat Rasulullah dengan menyamakan sikap mengikut amalan-amalan sahabat Rasulullah tiada bezanya dengan mengikut langkah Kristian yang mengikut John dan Paul
ii.Penyimpangan Syariah

a)Menyatakan bahawa solat terbahagi kepada dua jenis yang mana tidak ada asal usulnya dalam agama Islam

b)Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak wajib solat jika berada zaman Jahiliyyah atau zaman Mekah, solat hanya di tempat yang aman.

c)Mengeksploitasikan kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran tertentu termasuk yang berkala atas nama ‘ Daulah Islamiyah ‘
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025. Jumlah Pelawat : 938,570
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Total:

84

Countries
938570
Today: 776
This Week: 8,210
This Month: 122,591
This Year: 331,906