Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 16 October 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

ISU PERKAHWINAN KANAK-KANAK

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada 14 November 2014

Keputusan :
Isu Perkahwinan Kanak-Kanak adalah seperti berikut :
  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan, perkahwinan kanak-kanak bukan merupakan perkara yang wajib atau sunat. Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan. Perkahwinan pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh para sahabat lebih kepada menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Ia termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada ketentuan Maqasid Syariah dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu “Menjauhi Kerosakan” (Dar’ al-Mafasid) serta “Mengambil Maslahat” (Jalb al-Masalih).
  2. Sehubungan itu, berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.
  3. Mesyuarat juga bersetuju memutuskan supaya pihak-pihak berkuasa berkaitan memperketatkan syarat-syarat perkahwinan kanak-kanak dan memastikan pelaksanaannya dijalankan mengikut