Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Friday, 27 December 2024 | 25 Jamadil Akhir 1446

e-FATWA

PERTUBUHAN RAHMATAN LIL ALAMIN (PERAHMAT)

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada 19 Disember 2016

Keputusan :
Ajaran/Kepercayaan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin ( Perahmat ) adalah seperti berikut:
  1. Mendakwa syahadah dan Islam seseorang terbatal apabila tidak mempelajari ilmu syahadah ( Penyaksian roh yang sedang bersyahadah )
  2. Mendakwa wajib mempelajari zikir nafas untuk mencari Allah
  3. Mendakwa amalan zikir nafas adalah amalan sejak nabi Adam AS dan 124000 para Rasul dan Wali Allah
  4. Mendakwa seseorang wajib mencari penyaksi yang akan menjadi saksi di alam arwah dan sekiranya ia tidak dijumpai maka Allah akan mengutuskan saksi apabila beramal dengan zikir nafas
  5. Mendakwa zikir nafas sabit melalui Al-Quran dan Al-Hadis dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap menaruh syak terhadap Al-Quran dan Al-Hadis
  6. Mendakwa makhluk diciptakan Allah SWT akan terus hidup dengan dengan kalimah Hu. Ini bertentangan dengan Nas Syarak dan menyerupai amalan ajaran hindu
  7. Mendakwa hari kiamat akan berlaku apabila makhluk tidak lagi berzikir dengan kalimat Allah iaitu semua makhluk seperti haiwan, tumbuhan dan manusia tidak bernafas dengan zikir kalimat Allah
  8. Mentakwil ayat-ayat Al-Quran dengan bathil
  9. Menyeleweng daripada kaedah penafsiran Al-Quran
  10. Berpegang kepada hadis palsu
  11. Sehubungan dengan itu, mana-mana orang Islam dilarang mempelajari, berpegang, beramal dan menyebarkan ajaran Dr Ismail Kassim di Negeri Pahang dan mereka yang beramal dengannya hendaklah bertaubat