Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Saturday, 28 December 2024 | 26 Jamadil Akhir 1446

e-FATWA

HUKUM PELUPUSAN ANGGOTA, TISU, DAN JANIN ORANG ISLAM

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada 27 April 2017

Keputusan :
Hukum Pelupusan Anggota, Tisu, Dan Janin Orang Islam adalah seperti berikut:
  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin orang Islam hendaklah diuruskan berdasarkan kepada syarak.
  2. Sekiranya anggota tersebut terpotong daripada jasad semasa hidup maka ia hendak ditanam tanpa dibasuh dan disolatkan.
  3. Sekiranya ia adalah anggota yang dijumpai selepas daripada mati maka ianya hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan
  4. Janin yang gugur ( tidak cukup bulan ) dan mempunyai tanda hidup tetapi bersifat maka ia hendaklah dimandi, dikafan, dan dikebumikan
  5. Janin yang gugur berupa ketulan daging yang tidak bersifat maka disunatkan dibungkus dan ditanam tanpa dimandi dan disembahyangkan
  6. Hukum melupuskan anggota, janin dan tisu orang Islam secara pembakaran adalah haram kecuali darurat