Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 16 October 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

KERTAS TAKLIMAT SYARIKAT GLOBAL IKHWAN SENDIRIAN BERHAD

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali ke-3/2019 , pada 27 Jun 2019

Keputusan :
Mesyuarat mengambil makluman pembentangan daripada Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad seperti  berikut ;
  1. Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad telah meninggalkan Aurad Muhammadiah dan tidak lagi beramal dengannya
  2. Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad adalah syarikat perniagaan yang tiada kaitan dengan Al-Arqam yang telah diharamkan
  3. Bersetuju mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama dari segi pendidikan dan pernikahan
Mesyuarat mengambil makluman pembentangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti berikut ;
  1. Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad adalah syarikat perniagaan yang ditubuhkan hasil daripada penjenamaan semula syarikat Rufaqa‘ dan Al-Arqam
  2. Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad masih mengamalkan Auradh Muhammadiah dan ajaran-ajaran Al-Arqam yang diharamkan
  3. Pusat Pendidikan Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad tidak berdaftar dengan Jabatan Agama dan tidak mengikuy Kurikulum arus perdana .
  4. Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad masih mengamalkan pernikahan dan poligami tidak berdaftar dan tidak mengikut peraturan dan undang-undang Islam yang ditetapkan .
Mesyuarat mengambil makluman pembentangan daripada Polis Di Raja Malaysia seperti berikut ;
  1. Terdapat maklumat bahawa Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad masih mengamalkan Auradh Muhammadiah dan ajaran-ajaran Al-Arqam yang diharamkan seperti mengambil berkat daripada Mursyid dan menghidupkan fahaman ‘‘ air berkat ‘‘ iaitu mengambil berkat daripada pemimpin atasan Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad .
  2. Dimaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung aduan penyelewengan oleh bekas pengikut Al-Arqam dan masih mengumpulkan bukti .
Setelah dibincangkan mesyuarat mengambil keputusan berikut :
  1. Memisahkan isu Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad kepada dua iaitu isu perniagaan dan akidah . Bersetuju hanya perkara akidah dan penyelewengannya sahaja yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak .
  2. Menasihatkan supaya Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad mematuhi peraturan dan undang-undang Islam Pahang dari segi pendaftaran sekolah dan urusan pernikahan dan poligami .
  3. Menangguhkan keputusan isu penyelewengan akidah bekas pengikut Al-Arqam @ Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad sehingga mendapat maklumat lengkap siasatan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( Cawangan Khas ) .