Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Friday, 25 July 2025 | 29 Muharam 1447

e-FATWA

GARIS PANDUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT 6/2020

Oleh :
Mesyuarat Khas Bilangan 3 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 12 Mei 2020

Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa;
  1. Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan di rumah masing-masing . Keputusan ini dibuat kerana solat Hari Raya Aidilfitri adalah hukumnya sunat muakkad menurut mazhab Syafie . Justeru , tidak perlu kepada perhimpunan yang besar di dalam situasi wabak Covid-19 yang masih mengancam nyawa.
  2. Mesyuarat menolak cadangan solat hari raya dilaksanakan di padang-padang awam . Ini kerana dibimbangi jumlah kehadiran terlalu ramai dan sukar dikawal disamping faktor cuaca yang tidak menentu dan kerap hujan di Negeri Pahang.
  3. Mesyuarat bersetuju takbir raya di masjid-masjid hanya dikumandangkan oleh pegawai-pegawai masjid yang bertugas mengikut jadual masing-masing dan menggalakkan orang ramai bertakbir hari raya di rumah masing-masing dan tidak menggalakkan orang ramai ziarah- menziarahi bagi tujuan takbir beramai-ramai di rumah-rumah tertentu . Begitu juga dengan tahlil arwah .
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 24 July 2025. Jumlah Pelawat : 995,362
Kembali ke Atas
Malaysia 96.2% Malaysia
United States of America 2.2% United States of America

Total:

85

Countries
995362
Today: 1,100
This Week: 4,613
This Month: 45,152
This Year: 388,698