Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 16 October 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

AJARAN YANG DIBAWA OLEH SUHAINI BINTI MOHAMMAD

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 yang bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video .

Keputusan :
  1. Fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negara ini kerana menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah;
  2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat degan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah swt.
  3. Penyebaran ajaran ini hendaklah diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan enakmen sedia ada kerana ajaran ini terbukti menyeleweng seperti berikut;
  4. Ketuhanan : berpegang dengan fahaman bahawa Nabi Muhammad itu adalah Tuhan;
  5. Kenabian : berpegang dengan fahaman bahawa Nabi Muhammad saw tidak berjantina dan tiada alat kelamin;
  6. Menyelewengkan tafsir al-Quran : menghuraikan makna ayat Al- Quran tanpa merujuk tafsir muktabarPenyelewengan sumber : meriwayat dan mereka hadith palsu untuk menyokong fahaman yang dibawa;dan
  7. Penipuan mengenai khasiat air dan botol Sihulk dengan mengeksploitasikan ayat-ayat Al-Quran